14 October 2020

PKPB - GV7 TETAP DITERUSKAN TANPA PENONTON



"Pihak Astro mengambil keputusan untuk meneruskan GV7 seperti yang dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton. Dengan keputusan itu, penganjuran dua konsert mingguan yang kebetulan jatuh ketika tempoh PKPB sedang berlangsung iaitu konsert minggu kedua Ahad ini dan minggu ketiga pada 25 Oktober ini akan tetap bersiaran secara langsung dari PICC seperti biasa.

"Namun, hanya kru produksi dan tenaga kerja yang berdaftar sahaja akan dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran pada satu-satu masa," jelas pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal.

Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) akan diteruskan penyiarannya seperti dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai hari ini hingga 27 Oktober ini.

Emarina memberitahu, selain tanpa kehadiran penonton, konsert minggu kedua GV7, Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) diadakan mengikut syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Klik untuk gambar besar


Kata Emarina lagi, pihaknya akan membuat makluman sekiranya ada sebarang perubahan: "Sebarang perubahan mengenai penganjuran untuk konsert minggu keempat dan seterusnya akan diumumkan dari masa ke semasa.

"Ia tertakluk kepada perkembangan situasi semasa pandemik Covid-19 serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa, sekiranya ada," tuturnya.

GV7 mula bersiaran pada Ahad lalu membariskan 14 peserta solo dan berkumpulan.



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: