14 October 2020

DIANA DANIELLE 'DISERANG' NETIZEN, PERTIKAI PKPB UMUM DI SAAT AKHIR



Semua sedia maklum mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diumumkan oleh kerajaan.

Namun begitu, pelakon Datin Diana Danielle telah meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan dengan berita tersebut. Menurutnya, beliau berasa tidak adil kerana perkara itu dimaklumkan di saat akhir.

PKPB akan bermula jam 12.01 tengah malam, mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober. Kata Diana, dia berasa tidak adil kerana perkara tersebut diberitahu di saat akhir.

"Kenapa tak boleh bagitahu CMCO ni 2-3 hari sebelumnya? Kenapa sehari ja? Ini sama sekali tidak adil. Kelam kabut tak memasal kerana anda tidak dapat gauge untuk beberapa hari lagi! Bukankah itu jelas? Sudah jelas bagi kita dalam seminggu yang lalu apa yang akan ditimbulkannya," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, isteri kepada aktor Datuk Farid Kamil mempunyai alasan kukuh untuk berasa panik kerana dia kini berada di luar Kuala Lumpur.

"Hahahahaa masa MCO kitaorang tinggal Kuala Lumpur ja sepanjang 3 hingga 4 bulan tu. Yang lari orang lain, yang kena org lain. Salah tembak ni.



"Dan saya tidak berada di Kuala Lumpur sejak 3 hari yang lalu, bahkan sebelum pengumuman CMCO. Oleh itu, saya mempunyai sebab untuk panik. Don't trash your assumptions to me lol," tulisnya lagi di laman Twitter kelmarin.

Tindakan Diana berkongsi di laman Instagram (IG)nya telah mengundang kecaman daripada pengikut yang tidak bersetuju dengan luahannya itu.

Untuk makluman, Diana yang kini sibuk dalam aktiviti seni merupakan isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil. Selepas mendirikan rumah tangga bersama, pasangan itu kini dikurniakan dua cahaya mata.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Diana Danielle

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: