Nampaknya ketiadaan Nabil Ahmad selaku hos Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), di konsert pertama minggu lalu sedikit sebanyak memberikan impak buat penonton.
Lebih-lebih lagi sewaktu melihat Jihan mengendalikan GV7 secara berseorangan dan hanya ditemani oleh kad board 'Nabil' pada bahagian permulaan membuatkan penonton berasa janggal.
Namun kekosongan Nabil diisi oleh pengacara popular Datuk AC Mizal yang semestinya berjaya menggalas tanggungjawab dengan begitu baik sehingga mendapat pujian ramai.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun sudah pasti ketiadaan Nabil pastinya dirasai oleh penonton setia GV7 yang merindui gelagat dan usikannya terhadap juri tetap, Datuk Ramli Ms dan juga hos bersama, Jihan Muse.
Menerusi tinjauan di platform media sosial, Twitter, rata-ratanya menyuarakan keinginan untuk melihat Nabil kembali beraksi di konsert kedua GV7. Terdahulu, difahamkan Nabil tidak dapat hadir kerana kurang sihat dan memohon cuti rehat.
Pada minggu pertama GV7, episod pembukaan itu turut menyaksikan 7 bekas juara program realiti ini bertindak sebagai juri jemputan sepanjang bersiaran.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment