15 October 2020

SARAH HILDEBRAND 'FREEHAIR?: "SAYA SOKONG SEPENUHNYA SEMUA KEPUTUSAN PERIBADINYA" - SUAMI



Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon Sarah Hildebrand telah memuat naik foto memaparkan dirinya tidak berhijab bersama suaminya, Otto Gillen. Entri tersebut telah mengejutkan ramai netizen.

Menerusi perkongsian itu, pelaon berusia 30 itu tidak meletakkan sebarang kapsyen sebaliknya hanya meletakkan nama nama akaun Instagram suaminya, @otto.gillen.

Tindakan pelakon itu sekaligus mengundang tanda tanya serta rasa kurang senang di kalangan peminatnya. Malah, rata-rata peminat turut menegur Sarah kerana mendedahkan aurat.

Dalam pada itu, ada yang membuat andaian kemungkinan foto yang dikongsikan itu adalah foto lama yang dimuat naik semula. Namun, ada yang mengatakan tidak perlu berkongsikan gambar ketika dia tidak memakai hijab kerana bimbang boleh mengundang fitnah.

Klik untuk gambar besar



Meskipun masih tiada kenyataan lanjut daripada Sarah mengenai perkongsiannya itu, rata-rata peminat mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah untuk terus berhijab.

Sarah yang mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015 lagi juga seolah-olah mahu peminat menerima keputusannya itu dengan hati terbuka kerana dia turut membalas beberapa komen yang ditinggalkan di ruangan komen Instagramnya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, suaminya memuat naik gambar yang sama serta mengatakan dia menyokong penuh keputusan isterinya itu.



"I love @sarahhildebrand so much. And I fully support all of her personal decisions. That is my one and ONLY response. Don't message me," tulis Otto pada IG stories miliknya.

Pada IG Stories milik Sarah pula, dia memuat naik satu pertanyaan mengapa orang yang dianggap paling beragama selalunya menjadi orang yang paling pembenci dan tidak bertimbang rasa.

"Why is it that the most religious of us are often also the most hateful and intolerant?" tulis Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand.



Sarah turut memuat naik tiga video pendek di IG Story untuk menerangkan kembali tentang pertanyaan tersebut dan juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan serta semangat kepada dirinya.

"Hey you all.. I just want to say that the last question on my Instagram story was actually a rhetorical question. If you don't know what that means, that means like I don't want an answer to it, it's more of a question that already has a statement and it's for you guys to ponder on. Just think about that a little bit.

"And then I would also like to thank everybody that has been positive and like supportive and not judgy at all, and you know I just want to thank you guys from the bottom of my heart, that was really sweet and it's just nice to see cause we just never know what people are going through," kata Sarah di dalam video di IG Stories.

Untuk makluman, Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama dengan pasangan pilihannya, Otto Gillen yang merupakan seorang muallaf berdarah kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019.







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak, Instagram Hlive, Sarah Hildebrand & Otto Gillen

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: