18 October 2020

"SAYA BERKAHWIN LELAKI PALESTIN... HISAP SHISHA RUTIN KEHIDUPAN KAMI" - RAMONA ZAMZAM



Baru-baru ini, pelakon Ramona Zamzam telah berkongsi beberapa foto sekitar percutiannya bersama keluarga di sebuah pulau di Johor menerusi laman Instagram miliknya. 

Namun salah foto telah menarik perhatian netizen dimana Ramona dilihat sedang menghembuskan asap shisha di tepi pantai semasa bercuti di sebuah pulau di Johor baru-baru ini.

"Sabarlah, last (terakhir) shisha kat tepi pantai. Nak balik Kuala Lumpur," tulis juri rancangan The Masked Singer Malaysia itu pada status foto tersebut.

Klik untuk gambar besar



Tindakan Ramona memuat naik foto tersebut bagaimanapun tidak disenangi dan telah mendapat kecaman daripada beberapa pengikutnya yang mendakwa kelakuan pelakon berusia 30 tahun itu sebagai tidak sopan. Malah, terdapat juga komen yang menuduhnya berbangga menayang aksi tersebut.

"Buruknya nampak hisap shisha tu. Apalah hendak dibanggakan sangat dengan hisap shisha tu," ujar seorang pengguna laman sosial itu.

Enggan berdiam diri, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam tampil menepis dakwaan yang dilemparkan netizen tersebut.



Menurut pelakon filem 'KL Special Force' itu, dia langsung tidak berasa bangga menghisap shisha sebaliknya ia merupakan sebahagian gaya hidupnya.

"Saya berkahwin dengan lelaki warga Palestin. Menghisap shisha menjadi rutin kehidupan kami. Emak mertua juga sediakan shisha selepas bernikah. Bahkan kakak ipar akan datang ke rumah saya untuk menghisap shisha sekiranya suaminya keluar bekerja," katanya.

Dalam pada itu, Ramona turut memberitahu, dia tidak meminta untuk orang lain untuk menyukai aktiviti itu kerana sekadar berkongsi kegiatan hariannya. Untuk makluman, Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.








www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Ramona Zamzam

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: