20 October 2020

SELAMAT TIMANG 'BABY BOY' HARI INI - 'IBRAHIM JIBRIEL' PILIHAN NAMA FAD & ISTERI



"Assalammualaikum, salam subuh semua.. syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41 pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy..

"Welcome baby mmy and ddy, IBRAHIM JIBRIEL BIN MOHAMAD FADZLIE.. tq semua yg mendoakan kami 🙏🏻🤲🏻 tq so much my love @syaheeraarahman, I LOVE U SO MUCH ❤️🖤❤️🖤," demikian tulis pelawak Fad Bocey apabila isterinya, Syaheera Rahman selamat bersalin anak keempat mereka, bayi lelaki awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Fad, 29, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram (IG). Dalam pada itu, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam tersebut bersama isteri kesayangannya memilih nama yang cukup indah, 'Ibrahim Jibriel' untuk anak lelaki mereka itu.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada ruangan komen, rakan artis dan pengikut mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata baru pasangan ini.

"@nanamahazan: Tahniah korang!! - "@bob_alip: Alhamdulilah tahniah Fad. - "@izzudin_idin: Tahniah Fad dan isteri. - "@Edennpotter: Alhamdulillah. Semoga jadi anak yang soleh," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Untuk maklumna, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fad Bocey & Syaheera Rahman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: