20 October 2020

INI JAWAPAN PADU PU AZMAN BILA DIKECAM BUAT AKAUN TIKTOK



Menerusi satu muatnaik baru-baru ini di laman Instagram, penceramah bebas dan pelakon iaitu PU Azman ataupun lebih dikenali sebagai Cik Man telah mengumumkan bahawa dia kini sudah mempunyai akaun TikTok.

Namun tindakan Pu Azman bagaimanapun telah menerima kecaman salah seorang netizen dimana dia berpendapat bahawa aplikasi tersebut bukanlah sebuah platform yang baik walaupun niat PU Azman hanya sekadar menyebarkan dakwah kepada peminat.

Tambah netizen tersebut, TikTok lebih sinonim kepada anak muda yang ingin berhibur dan dipenuhi dengan video-video tidak elok untuk dilihat seperti gambar perempuan yang tidak menutup aurat dan pelbagai lagi. Netizen turut menyarankan supaya penceramah itu membuka saluran Youtube berbanding TikTok.

Klik untuk gambar besar



"Rasanya tak payah lah Cik man nak buat akaun TikTok ni. Lagi-lagi ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini. Budak-budak sekolah lagi aktif dengan TikTok.

"Meskipun Cik Man salurkan benda yang positif tapi ada sampingan yang Cik Man kena tahu iaitu sebelum mereka buka TikTok, mesti ada video gambar-gambar pempuan tak tutup aurat sedang gelek sana sini. Lebih baik Cik Man buka saluran di YouTube atau di Instagram," komen salah seorang netizen.

Pun begitu, Cik Man tidak berdiam diri malah dalam kemas kini terbaharunya di Instagram tak menafikan ada perkara negatif ditayangkan di TikTok. Namun sebagai pengguna yang bijak mereka perlulah memperbetulkan niat.



"Ada orang cakap TikTok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu TikTok. Dalam semua media sosial pun ada.

"Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat. Kau asyik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah," jawabnya.

Dalam entri terbaharu dia memuat naik video pertama yang dimuat naik ke akaun TikTok. Entri tersebut bagaimana pun mendapat sokongan daripada pengikutnya yang turut bersetuju dengan pendapat Cik Man.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram PU Azman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: