07 October 2020

TOLAK REVIU GUNA FOTO TAK SENONOH - NABILA HUDA TAK MAHU IG NAMPAK BURUK



Sejak kebelakangan ini, segelintir selebriti popular termasuklah instafamous dilihat memuat naik reviu produk atau iklan memaparkan wanita seksi.

Tindakan mereka itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di laman sosial yang mengecam dan ada yang menegur supaya menyemak dan menapis produk terlebih dahulu sebelum membuat ulasan.

Dalam hal ini, pelakon Nabila Huda, 35, berkata dia lebih selektif dan hanya memilih produk bersesuaian yang akan dimuat naik di Instagram (IG) miliknya.

"Kalau tengok di Instagram saya, tak banyak reviu sebab saya kawal benda itu. Kita faham orang bisnes tapi dalam hal ini lebih baik kalau kita tak terima gambar yang mereka bagi. Sebenarnya kita yang kawal laman sosial kita sendiri contohnya kalau iklan besarkan payudara janganlah post gambar itu pula. 

Klik untuk gambar besar



"Macam saya kalau orang nak suruh review saya boleh sahaja tapi mereka kena ikut cara saya dan tak boleh paksa post sesuatu gambar yang tak sepatutnya... nampak buruk dekat IG aku nanti!" katanya.

Sebelum ini beberapa orang selebriti popular termasuklah instafamous telah memuat naik video di Instagram memaparkan iklan produk untuk wanita.

Tindakan mereka itu menerima kecaman netizen sehinggakan ada yang menegur supaya menyemak dan menapis produk terlebih dahulu sebelum membuat ulasan.


Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Amy Search ini berkata dia lebih selesa menjadikan media sosial sebagai platform untuk berkongsi perkembangan peribadi dan karier seninya.

"Kita faham sesetengah orang guna IG untuk tambah pendapatan dan rezeki... macam saya cuma nak kongsi kehidupan dan pekerjaan, saya hadkan perkongsian di media sosial dan kalau perlu kongsi saya akan kongsi.

"Media sosial ini adalah tempat peminat nak dekat dengan kita, kalau terlalu banyak reviu orang akan bosan. Tapi mungkin ada sesetengah orang jadikan reviu itu sebagai kerjaya mereka... terpulanglah, masing-masing ada pendirian sendiri," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nabila Huda

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: