30 October 2020

"SOLO LAGI BAGUS... CERAI DULU MERATAP, KALI INI LEBIH TENANG.. MALAH LEBIH GEMBIRA" - NONNY



Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah menerusi Insta Stories miliknya telah berkongsi berita sedih dimana dia dan pasangannya, pelakon Niezam Zaidi telah mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan yang dirancang sebelum ini.

Nonny, 31, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berkata, dia dan Niezam sudah lama membuat keputusan iaitu selepas mereka mengikuti kursus kahwin pada September lalu.

"Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan. Terima kasih Allah. Saya anggap apa yang berlaku sudah tiada jodoh.

Klik untuk gambar besar



"Kalau nak paksa pun, bimbang nanti ia hanya memudaratkan. Takkan saya perlu melalui fasa perceraian sekali lagi. Jadi, saya reda dengan ketentuan ini.

"Sebenarnya, keputusan ini dibuat sudah lama. Cuma, saya tidak mahu kongsikan. Apa boleh dikatakan, mungkin saya belum cukup baik. Jadi, saya perlu perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik untuk pasangan saya.

"Apa yang penting, buat masa sekarang saya nak gembirakan diri sendiri dan keluarga. Tidak ada istilah serik, cuma apa dirasakan sekarang adalah, solo lagi bagus," ujarnya.


Ditanya mengenai reaksi ibunya, Nonny berkata ibunya sentiasa menghormati keputusan yang dibuat: "Mak saya boleh cakap, santai saja di posisi. Sebab dia pun cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan.

"Dia hanya mahu tengok saya bahagia dan tak lagi saya bersedih. Dia selalu sokong apa saya buat. Kalau selepas bercerai dulu saya memang meratap. Tapi, untuk kali ini saya lebih tenang. Malah lebih gembira.

"Bagi saya, Allah sudah atur segalanya. Apa yang penting, kena sabar dengan ketentuan diberikan," kata Nonny yang sebelum ini mengumumkan pembatalan perkahwinan mereka menerusi hantaran di Instagram yang turut mengucapkan hari jadi kepada Niezam.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Nonny Nadirah & Niezam Zaidi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: