30 October 2020

LELAKI MUDA TERTARIK KERANA SIKAP WANITA KAMPUNG & 'MAK-MAK' - SITI NORDIANA NAFI



Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau Nana, 36, sering dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki lebih muda yang dikata 'rapat' dan mesra dengannya seperti Khai Bahar, Fikry Ibrahim dan Syafiq Farhain.

Keakraban mereka jelas kelihatan apabila pernah bekerjasama dalam lagu dan drama serta ada kala dilihat saling berbalas komen di media sosial masing-masing.

Dek kerana itu, Nana dikatakan mudah menjadi tarikan lelaki muda kerana sikap wanita kampung dan 'mak mak' dimilikinya. Bagaimanapun, Nana menafikan semua itu.

Nana ketika dihubungi berkata, dia hanya menjalinkan hubungan baik dengan semua orang dan hubungan baik mereka yang nampak rapat dan mesra itu sekadar rakan satu bidang kerjaya berikutan mudah berkongsi pandangan terhadap industri seni.hanya menjalinkan hubungan baik dengan semua orang.

Klik untuk gambar besar



"Dari faktor usia, memang saya berusia daripada mereka. Status pula, saya pun seorang ibu, jadi wajarlah ada sifat 'mak mak' itu. Malah, saya juga memang berasal dari kampung, termasuk pernah mendapat gelaran 'penyanyi kampung'. Tapi, taklah sampai saya mampu jadi tarikan lelaki muda.

"Pada saya, kami semua bersahabat. Tak salah pun jalinkan hubungan baik dan mesra dengan ramai orang. Saya sendiri sudah ada pengalaman ketika nama berada di puncak, kemudian jatuh dan sekarang mendapat sokongan peminat semula.

"Jadi, dengan pengalaman ini saya sedia berkongsi dengan sesiapa saja selebriti tidak kira lelaki atau wanita jika mereka mahukan pandangan. Bagi saya, wajar bersahabat untuk berkongsi kebaikan," katanya.


Nana berkata jika dia rapat dengan mana-mana rakan artis, tidak pernah terfikir untuk menumpang populariti mereka. Malah, tidak mempunyai niat untuk mencari jodoh apabila bersikap baik dengan selebriti lelaki muda.

"Apabila saya baik, rapat dan mesra dengan selebriti lain, tak pernah terlintas di fikiran pun nak menumpang populariti mereka. Pada saya, peminat atau orang ramai berhak menyokong dan memilih selebriti yang diminati.

"Malah, sikap baik saya pada selebriti lelaki muda ini bukan berbaur peribadi atau nak mencari jodoh. Untuk saya, cukup sekadar saling menyokong sebagai rakan sesama selebriti. Lagipun jodoh itu rahsia Allah," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Siti Nordiana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: