30 October 2020

"TAKDA MASALAH PUN TERANG-TERANGAN ATAU BERSEMBUNYI..." - ABBY BENGANG NIAT MURNINYA DIPERTIKAIKAN



"Saya menolong Lillahi Taala. Saya minta maaf kalau ada yang pertikaikan usaha saya, kenapa takda gambar serahan, kenapa takda bukti, kenapa tak macam Ustaz Ebit, kenapa begitu, kenapa begini.

"Masing-masing dengan cara tersendiri. Takda masalah pun terang-terangan atau tersembunyi. ALLAH Maha Tahu. Tak perlu membezakan. Lagipun Ustaz Ebit bantuannya berskala besar.

"Saya kecil-kecilan ja," demikianlah tulis penyanyi dan pelakon Abby Abadi yang menyatakan dia mempunyai cara tersendiri dalam urusan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Menurut Abby, 43, ada segelintir yang membandingkan caranya dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang memilih untuk melakukan secara terang-terangan.

Tambah Abby, bagi memuaskan hati sesetengah orang dia terpaksa meminta gambar bukti barang daripada individu yang menerima bantuan.

"Saya tag haritu IG mereka yang saya bantu, di cari salah juga. Pergi jenguk satu-satu, tak nampak susah makan sedap lagi la apa lah. Ni tak tag, kata macam-macam juga. Buruklah perangai mencari-cari salah orang.

Klik untuk gambar besar



"Dan meletakkan diri di di tempat mereka yang susah ni, saya sendiri malu nak minta bantuan sebenarnya tapi keadaan memaksa. Dah minta, dapat, ada yang saya suruh dorang hantar tunjuk barang yang dibeli. Gambar anak-anak yang dikirim pun saya kesian.

"Tak sampai hati nak tengok sebenarnya. Jadi saya tutup semua biar aib mereka terjaga. Kalau saya tolong sendiri pakai duit sendiri, memang saya diamkan ja tapi ni sebab ajak sahabat-sahabat saya di sini menyumbang juga, jadi saya bagitau apa yang perlu.

"Duit terkumpul memang saya agih setiap hari. Saya memang usaha nak cepatkan proses sebab ramai yang putus bekalan terus terutamanya yang ada baby kecil, nak mereka bagi bukti macam mana baru boleh lulus bantuan?" kata Abby.

Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan ini, sekiranya tidak yakin untuk menderma seeloknya jangan dilakukan.

"Jadinya pada yang gigih minta bukti, saya kata tak yakin dengan saya takyahlah menyumbang ye. Bukan banyak pun yang terkumpul. Dan saya takut pada ALLAH. Takkan saya ambil duit ni untuk keperluan saya," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abbay Abadi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: