06 October 2020

TAK KISAH KERJA APA - HAWA RIZWANA MAHU LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB, SETIA



"Orang kata saya rapat dengan Zizan... Sebenarnya, tidak betul. Kami hanya berjumpa kerana mempunyai minat dalam sukan basikal. Buat masa ini, saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Saya tidak terfikir hendak mencari (pasangan), sebab terlalu sibuk dengan karier dan pada masa sama, masih belajar," jelas pengacara muda, Hawa Rizwana.

Meskipun baru sahaja berusia 25 tahun, nama Hawa Rizwana kini semakin dikenali ramai dan pantas mendaki tangga populariti. Apabila sudah popular, pasti tidak mampu mengelak jika dikaitkan dengan selebriti popular.

Dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak, Hawa menafikan perkata itu dan menjelaskan dia dan pelawak itu hanya rakan biasa sahaja, malah dia belum terfikir lagi untuk mencari teman lelaki.

Klik untuk gambar besar



Kata Hawa lagi, dia tidak mahu tergesa-gesa mencari cinta dan mahu lebih fokus membina kerjaya sebelum memikirkan soal cinta. Ujarnya, bukan soal tidak mahu mencari pasangan, namun, dia lebih selesa untuk tidak didekati mana-mana jejaka.

Berkongsikan ciri-ciri lelaki yang menarik perhatiannya, Hawa berkata setiap wanita impikan lelaki yang bertanggungjawab dan seorang yang setia.

"Saya meletakkan niat utama untuk bekerja dahulu. Jadi, memang tidak nampak arah itu (mencari teman hidup) lagi. Saya tidak pernah meletakkan syarat jenis pekerjaan, cuma apa yang penting, dia mesti bertanggungjawab. Dia juga mesti setia dan menerima saya seadanya. Bagi saya, semua wanita ada impian sama," katanya.



www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Hawa Rizwana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: