06 October 2020

HORMATI PERMINTAAN ISTERI TAK MAHU DIKENALI - QODY RANY TAKUT KELUARGA KENA TEMPIAS



"Ya betul saya kini bergelar seorang suami tetapi untuk melibatkan atau menonjolkan dia, isteri saya sendiri tidak mahu dan saya menghormati permintaan dia," kata pemenang tempat ketiga Big Stage 2020 (BS2020), Qody Rany yang mengakui dia sudah berkahwin dan tidak mahu menonjolkan isteri dan keluarganya di laman sosial.

Menurut pemilik nama sebenar Rossaidi Abdul Rani, 26, dia memilih untuk menghormati permintaan isterinya yang tidak mahu dikenali ramai. Qody berkata, dia lebih selesa untuk mengasingkan antara kisah peribadi dengan karier seninya.

"Dia ada beritahu kalau boleh nak jadi macam isteri Datuk Rosyam Noor, yang sentiasa memberikan sokongan pada suami secara belakang tabir. Yang bekerja adalah saya jadi biar saya seorang sahaja yang dikenali.

"Bukan sahaja isteri, malah keluarga pun saya jarang pamerkan di laman sosial sebab saya tak mahu apa benda yang saya tersalah buat, tempias tu terkena pada keluarga saya," jelas Qody.

Klik untuk gambar besar



Tambah Qody lagi, dia tidak risau jika statusnya sebagai suami membuatkan dia hilang populariti daripada para peminat sebaliknya menggangap perkara itu sebagai pembuka rezeki.

Disebabkan statusnya sebagai suami tidak diketahui ramai, Qody pernah menerima mesej daripada pengikut wanita di Instagram yang mahu berkenalan dengannya.

"Minda masyarakat kita dah terbuka sebenarnya. Tidak semestinya kita berkahwin atau sudah berpunya, orang tak boleh meminati kita. Yang kita jual adalah bakat dan bukannya kisah peribadi.


"Saya terima banyak mesej-mesej wanita di Instagram tetapi semuanya saya layan sebagai peminat. Kalau ada mesej yang lebih-lebih sangat pun, saya akan tunjuk pada isteri.

"Lagipun, isteri tahu mengenainya dan dia pun boleh mengakses akaun media sosial saya. Sebagai suami, saya tahu batasan saya," katanya yang popular dengan lagu 'Satu Malam'.

"Saya dapat berada di Big Stage 2020 ni pun menumpang rezeki isteri sebab saya memang tunggu peluang masuk pertandingan ni dah lama dan baru tahun ni dapat," ujarnya.

Untuk makluman, Qody mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah Mohd Fuad pada 5 Mac yang lalu di Pulau Langkawi, Kedah.





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, astro Gempak & Instagram Qody Rany

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: