06 October 2020

SEKIAN LAMA MENANTI - RANDY PANGALILA & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK SULUNG



"Seorang juara bakal dilahirkan, tak sabar untuk bertemu kamu. Ya, saya bakal menjadi ayah," demikianlah tulis pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila yang mengumumkan isterinya, Chelsey Frank kini sedang berbadan dua.

Randy yang berkongsi berita gembit tersebut menerusi laman Instagram itu berkata yang dia teruja untuk bertemu cahaya mata pertama mereka.

Melihat pada foto yang dikongsikan, Randy sedang memeluk erat isterinya sambil memegang gambar imbasan ultrabunyi keadaan terkini bayi mereka.

Khabar gembira itu dihujani ucapan tahniah dari rakan selebriti dan peminat mereka. Randy dan Chelsey yang berasal dari Kanada telah berkahwin pada 19 Januari 2019 di Bali, Indonesia.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Randy Pangalila

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: