05 October 2020

UYAINA: "LUCUNYA BILA ADA SEGELINTIR 'FANS / FOLLOWERS' GEMAR TENTUKAN KEHIDUPAN ARTIS..."



"Lucunya bila ada sesetengah individu digelar 'peminat dan pengikut' yang gemar menyusunkan kehidupan artis kegemaran mereka. Dengan siapa kita perlu pilih untuk bersama, apa yang kita perlu dan tak perlu kongsi di media sosial bukan untuk memuaskan hati anda.

"Benci dengan semua yang anda mahukan. Saya tidak akan terganggu dengan perkara itu. Saya mempunyai kehidupan untuk diteruskan," demikian status yang dimuat naik pengacara dan pelakon Uyaina Arshad di laman Twitter miliknya dan ia telah mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina, 28, berkata terdapat segelintir individu yang dianggap bukan peminat sebenar gemar menyusun jalan kehidupan artis kesayangan mereka.

Klik untuk gambar besar


Menurut pemilik Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini, memilih pasangan dan menentukan perkongsiannya di laman sosial bukan untuk memuaskan hati semua pihak dan dia tidak mahu terganggu dengan perkara tersebut.

Biarpun pelakon drama 'Lelaki Kiriman Tuhan' ini tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai status tersebut namun rata-rata peminat menyokong dan bersetuju dengan kenyataan itu.

"Sokong kak Yana... peminat tak payah masuk campur hal peribadi. - "Elakkan peminat yang toksik kak Yana. Fokus dengan impian awak seterusnya," komen beberapa peminatnya.


Sebelum ini, Uyaina dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Raja Syahiran selepas foto mereka memakai baju sedondon berwarna putih ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Mira Filzah menjadi tular.

Sebelum ini, Raja Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azharianshah, 27 berkata dia tidak menjangkakan foto mereka itu akan menarik perhatian netizen.

Bagaimanapun, Raja Syahiran mengakui dia dan model muslimah itu dalam proses mengenali satu sama lain namun soal berkahwin itu bukan menjadi fokus utama mereka.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Uyaina Arshad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: