05 October 2020

BETTY BANAFE DEDAH BERCERAI TANPA TUNTUT SEBARANG NAFKAH, SEHELAI SEPINGGANG



"Dalam hari-hari kita melalui proses kehidupan ibu tunggal bersama anak diselangi pula dengan kes mahkamah bagi hak penjagaan yang masih belum selesai, perasaan berbaur gundah gelisah khuatir pasti ada.

"Aku reda ya Allah atas apa pun yang kau tentukan. Aku manusia biasa yang serba kekurangan mengharapkan kekuatan kesabaran dan bimbingan dari yang Esa. Kau tahu apa yang terbaik untuk waris-waris syurga ku.

"Keluar dari perkahwinan sehelai sepinggang tanpa menuntut apa apa nafkah mutaah dan lainnya.. Yang aku harapkan kedamaian ketenangan hati dan fikiran agar aku boleh menerajui bahtera keluargaku dengan selamat dan dalam keredhaan Allah," demikianlah tutur pelakon Betty Benafe.

Betty mendedahkan dia bercerai dengan bekas suaminya, Bruce Dargus dengan sehelai sepinggang tanpa menuntut sebarang nafkah. Menurut Betty kehidupannya kini sebagai ibu tunggal tidak mudah dan berharap Tuhan memberinya kesabaran dan kekuatan untuk membesarkan sepasang anaknya, Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus

Klik untuk gambar besar


Betty meluahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya, @bettybenafee. Pun begitu, Betty kecewa kerana masih ada pihak yang cuba menjatuhkannya.

"Bagi yang di luar, penghasut atau yang suka memanaskan manusia lain untuk terus bermusuh, tu.. Bila nak berhenti? Tak akan faham perjalanan hidup orang lain," tegasnya.

Mengulas lagi mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal, Betty akui banyak tanggungan dan tanggungjawab yang perlu dipikul sendiri.

"Hidup dengan anak-anak yang di bawah umur 6 tahun, dua-dua bersekolah dan saya pula bekerja sendiri sepenuh masa, lagi- lagi dalam waktu pendemik wabak corona.

"Saya perlu tanggung sendiri bila anak sakit, hospital, tuition, hidup di ibu kota besar, jauh dari keluarga pula," katanya lagi.

Dalam masa yang sama Betty turut memberi bayangan dia membenarkan anaknya menerima lawatan dari suami meskipun tidak pernah mempersoalkan tentang nafkah anak.

"Anak bebas berhubung melalui telefon, video pada bila- bila masa kecuali hari sekolah dan waktu tidur. Tiada had untuk bertemu anak atas belas kasihan yang di pinta oleh Allah walaupun wang nafkah anak yang aku tak persoalan bulan bulan hingga mahkamah selesai.

"Sabar sabar sabar... Itu yang aku ingatkan pada diriku. Aku hadapi hidup ini dengan senyuman kerana rezeki Allah tak pernah salah alamat.

"Aku tidak mengeluh malah aku bersyukur atas ujian Allah ini yang menjadikan aku manusia yang lebih kuat dan sabar serta fokus. Alhamdulillah," tambah Betty yang bercerai dengan Bruce pada 10 Julai 2019 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Betty Banafe

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: