05 October 2020

SHIERA MUAT NAIK FOTO SAKINAH BERSAMA MAT SALEH - NETIZEN TANYA "DAH HABIS IDDAH KE?"



Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan adiknya, pelakon Sharifah Sakinah bersama seorang jejaka Mat Saleh.

"Umah ke stor...kami jual baju.. line teruk hari ni tu sampai 2 post..... dia cakap boleh follow dia... @michael_hansen79.. kita tengok sapa dia... meh," tulis Shiera.

Malah, bintang drama 'Girlfriend Aku Dari Neraka' itu dilihat kelihatan mesra bersama lelaki terbabit. Lalu, perkongsian tersebut telah menjadi perhatian sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya warganet.

Klik untuk gambar besar


"Dah habis iddah ke?" tulis netizen.

Untuk makluman, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 3 tahun. Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Sharifah Shahirah & Sharifah Sakinah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: