Impian pelakon Vanidah Imran untuk menjadi seorang pensyarah akhirnya berjaya dicapai. Vanidah menerusi akaun Instagramnya berkongsi posting sedang menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan mengadakan kuliah atas talian.
"ODL lagi semester ini. Haih bertabahlah pelajar-pelajar ku. Semester akhir, perjuangan terakhir. Anda boleh lakukannya. Saya harus mendapatkan laptop baharu secepat mungkin," kongsinya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, Vanida menyatakan rasa gembira dapat merialisasikan hasratnya. Tidak ketinggalan, para pengikutnya juga turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Vanidah.
Selain Vanidah, selebriti lain yang turut berada dalam bidang yang sama adalah pelakon Norzizi Zulkifli.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Vanidah Imran Rizman Ruzaini
________________________

No comments:
Post a Comment