17 October 2020

"WALAUPUN BARU KENAL ABAH, KAMI SEMPAT MESRA..." - BAPA MENTUA NORYN AZIZ DIJEMPUT ILAHI



"Al-Fatihah buat abah mentua tersayang. Pada Jumaat yang berkah ini (semalam) abah meninggalkan kami. Hari yang mulia dan segalanya dipermudahkan Allah SWT.

"Walaupun Noryn baru kenal abah, kami sempat mesra dan saling menyayangi. Perkara terindah yang diungkapkan kepada saya adalah terima kasih atas cinta yang diberikan dan bilakah hari bahagia anda?," demikianlah tulis penyanyi Noryn Aziz.

Selepas tiga hari bergelar isteri, Noryn berkongsi khabar duka apabila bapa mentuanya, Datuk Shaik Sulaiman Ismail meninggal dunia, semalam. Terdahulu pada 14 Oktober 2020, Noryn selamat mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman.

Klik untuk gambar besar



Menurut Noryn, biarpun baru mengenali arwah namun hubungan mereka boleh dianggap rapat. Pada masa sama, Noryn juga memohon sesiapa yang mengenali Allahyarham untuk mendoakan serta memaafkan segala kesilapannya.

"Saya hanya mendengar perkara yang baik mengenainya. Semoga Allah merahmati dan memberkati abah dan sentiasa pelihara arwah abah dengan sebaiknya juga diletakkan dalam kalangan orang yang beriman," tulisnya.

Noryn sebelum ini pernah bernikah dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan berpisah pada 2019. Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Noryn Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: