09 October 2020

ZAMANI BERSYUKUR KAHWIN SEBELUM TEMPOH PKP, TIDAK SENDIRIAN ADA ISTERI MENEMANI



Penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang sudah hampir setahun bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, 36, itu bersyukur kerana telah berkahwin sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zamani atau nama penuhnya Zamani Ibrahim, 49, berkata kini kehidupannya lebih teratur dan bahagia kerana mempunyai isteri di sisi. Malah, penyakit tulang belakang yang dideritanya sejak sekian lama semakin menunjukkan peningkatan yang baik dan memberansangkan.

"Alhamdulillah... keadaan saya okay saja dan bersyukur selepas kahwin ini dah ada orang jaga. Nasib baik juga saya berkahwin sebelum pandemik Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau tidak, sebelum ini duduk rumah seorang diri.

Klik untuk gambar besar



"Cuma masalah dari segi kesihatan saja. Sekarang ini saya masih jalani rawatan chiropractic Saya harap-harap okay sebab nampak ada progres. Tapi bila dah mula banyak kerja nanti, saya tak tahu lagi macam mana. Sekarang ini banyak berada di rumah berehat saja. Insya-Allah harap tiada masalah," kata Zamani.

Untuk makluman, penyanyi yang popular dengan lagu 'Gerimis Mengundang' itu selamat bergelar suami kepada Juliana dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 20 September tahun lalu.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zamani Slam

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: