07 November 2020

1 JANUARI 2021 - TARIKH NIKAH AYDA JEBAT & NABIL MAHIR



Menerusi saluran Youtube Wuzz Show, pasangan selebiriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka iaitu pada 1 Januari 2021. Menurut Nabil, 32, setelah memikirkan beberapa tarikh bersesuaian, mereka sepakat memilih 1 Januari kerana lebih mudah untuk diingati.

"Saya pilih tarikh kahwin paling senang nak ingat... mulanya saya dah bagi beberapa tarikh tapi Ayda macam bagi cadangan lain sebab dia mungkin tak ingat date nanti. Kami harapkan keluarga, kawan-kawan dan peminat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua," tuturnya.

Pada 28 April lalu, Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan secara atas talian selepas setahun menjalinkan hubungan istimewa. Pasangan ini bertunang melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebelum ini, Nabil melamar Ayda pada malam sambutan hari jadi penyanyi itu yang ke-28 pada 17 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar



Dalam satu temubual, penyanyi lagu 'Temberang' ini mengakui mula berkawan rapat dengan Nabil pada Ramadan tahun lalu dan menyimpan niat untuk menamatkan zaman bujang bersama pengacara itu.

"Memang saya mengharapkan hubungan kami sampai ke tahap ini. Saya tidak mahu membuang masa. Saya juga sudah berusia 28 tahun, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua untuk berkahwin," katanya.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: