07 November 2020

THE MASKED SINGER MALAYSIA - BUNGA RAYA, AINA ABDUL DINOBAT JUARA



Pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia akhirnya melabuhkan tirainya malam tadi selepas lapan minggu bersiaran.

Pentas akhir itu juga menyaksikan Bunga Raya yang dipakai oleh penyanyi Aina Abdul diangkat sebagai juara selepas mendapat markah tertinggi daripada pihak juri sekaligus berjaya mengenepikan empat peserta lain.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, berjaya mencuri hati juri selepas membuat persembahan memukau dengan nyanyian lagu 'Malam Ini Kita Punya' dari kumpulan Bunkface dan 'Listen' nyanyian asal Beyonce.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang menyarungkan kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua. Manakala, ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang memakai kostum Orang Utan diumumkan memenangi tempat ketiga.

Penyanyi Datin Alyah yang memakai kostum Wau menduduki tempat keempat dan bekas juara Akademi Fantasia musim pertama, Vincent Chong di tempat kelima.

Persembahan peserta pada malam itu diadili oleh lapan orang juri tiaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.



Malam final turut menyaksikan kemunculan penyanyi juga komposer Mark Adam hadir mengisi kerusi Zizan Razak sebagai juri. Rancangan yang bersiaran selama sembilan minggu itu dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk AC Mizal.

Tujuh selebriti tersingkir pada minggu sebelum ini terdiri daripada Hairul Azreen (Ayam Jantan), Yana Samsuddin (ABC), Chiwan Cilok (Rhino), Datuk Mirnawan Nawawi (Nasi Lemak), Zain Hamid (Musang King), Ebby Saiful (Rimau) dan Datin Paduka Eina Azman (Rafflesia).

The Masked Singer Malaysia merupakan program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

















www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak, Instagram Aina Abdul & Hlive

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: