17 November 2020

8 NOVEMBER 2020 - EMMA MAEMBONG KINI BERGELAR IBU, TIMANG BAYI LELAKI



"Alhamdulillah... 8.11.20 Allah is the greatest," demikianlah tulis suami kepada pelakon Emma Maembong, Muhammad Shazli Azhar yang mengesahkan isterinya itu telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka yang merupakan bayi lelaki pada 8 November lalu.

Berita gembira tersebut yang dikongsikan menerusi laman Instagram itu telah dihujani ucapan tahniah daripada pengikut termasuk rakan selebriti pada ruangan komen.

Menerusi hantaran tersebut, Shazli turut berkongsi foto anak sulung mereka, sekaligus menamatkan tanda tanya mengenai desas-desus Emma yang dilaporkan sudah bersalin.

Klik untuk gambar besar



Semalam, media melaporkan Emma sudah selamat bersalin dan mengadakan majlis doa selamat serta aqiqah bayi mereka. Bagaimanapun tidak ada sebarang pengesahan mengenai perkhabaran tersebut, malah Emma dan suami serta adik beradik Maembong juga tidak berkongsi apa-apa mengenainya di media sosial.

Untuk makluman, Emma, 27, sah bergelar isteri kepada Shazli yang merupakan seorang juruterbang, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu.















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro, Instagram Emma Maembong & Muhammad Shazli Azhar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: