02 November 2020

ABANG BANGGA DIRA ABU ZAHAR TERIMA GELARAN DATUK: "ANUGERAH SEJATI BUKAN BELI"



Sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam, pelakon Dira Abu Zahar telah dikurniakan anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Perkara tersebut dikongsikan oleh abang kepada Dira menerusi ruangan Instagram stories miliknya: "Congrats to my dearly little sister for the title. The first adik beradik aku dapat title Datuk. Kau memang padulah @diraabuzahar. Dan paling penting anugerah sejati bukan Datuk beli, yeah," tulisnya.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan yang sama, Dira dilihat anggun mengenakan sepersalinan baju kurung berwarna biru muda hasil sentuhan indah pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, rata-rata peminat dan sahabat terdekat meluahkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah diatas penganugerahan yang diterima oleh Dira itu.

Selain bergelar pelakon, Dira juga merupakan antara individu yang aktif di dalam dunia politik dan juga aktiviti-aktiviti kemanusiaan.



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sandra Dianne

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: