02 November 2020

"ORANG MESIN RUMPUT DEKAT LEBUHRAYA PLUS, HABIS KAT SINI..." - CERMIN KERETA ZARINA PECAH



Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Zarina Anjoulie telah memuat naik sebuah rakaman video berdurasi 38 saat dan mendedahkan cermin kereta pada bahagian penumpang pecah ketika melalui kawasan orang sedang memotong rumput. Menurut Zarina, 33, kejadian yang berlaku di Lebuhraya PLUS itu tidak mengundang sebarang kecederaan.

"Kalau korang lalu lebuhraya, baik-baik. Buat orang yang suka hisap rokok lepas tu turunkan tingkap, sangat bahaya. Ni saya kena, tak buka pun tingkap. Orang mesin rumput dekat Lebuhraya PLUS, habis kat sini (tunjuk bahagian pecah).

"Kau nak claim dari sana memang sampai mati tak dapat. Harapan la. Saya diselamatkan sebab tinted. Kalau tak, pecah muka. Jadi hati-hati la ya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut menyatakan tuntutan boleh dibuat di pejabat PLUS: "@fukadacheiko: Anju,boleh calim kat PLUS. Memang depa setiap pekerja PLUS dah disediakan insurance untuk buat kerja-kerja, memang cover kalau kena kerete pengguna.

"@ieeja: Anju claim dekat lebuhraya tu. Terus report kat pejabat dorang. - "@nramielia_: Boleh claim Anju, kena report dulu lepas tu depa akan bayar, sebab kereta jiran saya pernah kena. - "@azie.haslinda: Boleh claim dengan lebuhraya PLUS," antara komen-komen yang ditinggalkan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zarina Anjoulie

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: