02 November 2020

ADIK DISAHKAN POSITIF COVID-19 - RAS ADIBA JALANI KUARANTIN, TUNGGU KEPUTUSAN



Senator yang juga personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi memaklumkan adiknya yang merupakan seorang pegawai khasnya iaitu Ras Afiona Radzi telah disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan baru-baru ini.

Dek kerana itu, Ras memberitahu bahawa dirinya kini perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari selepas salah seorang ahli keluarganya disahkan positif jangkitan tersebut. Menurut Ras Adiba, beliau juga sudah menjalani ujian saringan dan sedang menunggu keputusan status dirinya.

"Saya ingin memaklumkan bahawa seorang pegawai khas saya yang juga merupakan adik saya iaitu Ras Afiona Radzi telah disahkan positif Covid-19 setelah melakukan ujian saringan baru-baru ini. Kini beliau sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

"Untuk makluman semua, saya dan seramai 10 ahli keluarga saya sedang menunggu keputusan saringan Covid-18," katanya menerusi satu kenyataan yang dikongsikan menerusi entri di Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Pada masa sama, kata Ras Adiba, beliau memohon maaf sekiranya, insiden tersebut menyusahkan mana-mana pihak di sekelilingnya.

"Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang telah menimpa saya dan keluarga.

"Saya reda dengan apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang. Saya memohon agar Yang Esa melindungi kita semua daripada wabak Covid-19 ini," katanya.



Terdahulu, menerusi satu hantaran berasingan di Instagram, Ras Adiba memuat naik sekeping foto memaparkan imej tangan yang memakai gelang bertarikh 18 Oktober sehingga 12 November 2020.

Di ruangan komen, Ras Adiba menjelaskan situasi sebenar yang menimpa keluarganya selepas gambar tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.

"Adik saya positif dan berada di hospital. Jadi, kami sekeluarga buat ujian swab dan kuarantin selama 14 hari," jawabnya kepada salah seorang netizen.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ras Adiba

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: