18 November 2020

ABBY TERTEKAN PANGGILAN TANPA HENTI, ORANG DESAK MINTA BANTUAN



"Kepada yang minta bantuan, sehari limit 30 orang saja kita boleh berikan. Kalau ada yang membantu boleh beri ke 50 orang. Kita pun ada kerja lain, janganlah mendesak," kata pelakon Abby Abadi yang mengakui tertekan apabila didesak oleh individu yang meminta bantuan kewangan daripadanya.

Menurut Abby, dia terpaksa menghadkan sumbangan kepada 30 orang sahaja sehari dan ia bergantung kepada dana yang terkumpul. Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam masa yang sama Abby berharap agar individu yang meminta bantuan bersabar dan tidak menghubunginya beberapa kali kerana dia sendiri mempunyai urusan kerja lain yang perlu diselesaikan.

Klik untuk gambar besar



"Tak perlu video call dan DM (mesej peribadi Instagram) tak henti-henti. Pening tau, naik darah tinggi saya. Yeke tiada bantuan langsung dan mengharap saya saja? Ramai je yang menghulur bantuankan? Jimat-jimat ya, tak terkejar saya nak bantu semua," tuturnya lagi.

Terdahulu, Abby sedang mengumpul dana Wallet Kasih PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk membantu keluarga terutamanya yang terjejas ketika pandemik Covid-19.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abby Abady

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: