19 November 2020

AKUI KEGUGURAN - ZARINA RANCANG HAMIL LAGI SELEPAS BUANG 'FILLER' DI PAYUDARA



"Beberapa bulan lepas Anju mengandung tetapi keguguran. Bukan nak cerita kesian kat video ini, cuma nak beritahu. Tak ada rezeki kan, tapi Anju tengah cuba nak pregnant lagi," kata pelakon Zarina Anjoulie Lavocah yang mengakui hamil beberapa bulan lalu, namun mengalami keguguran baru-baru ini.

Berita duka tersebut dikongsi Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju itu menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya pada Rabu.

Anju yang memuat naik hantaran untuk berkongsi kesedaran mengenai bahaya dan kesan sampingan melakukan suntikan 'filler' memberitahu tentang kandungannya secara tidak sengaja.

Bagaimanapun pelakon filem 'Ular' ini kelihatan sangat tenang dan menerima takdir tersebut dengan hati yang terbuka. Selain itu, apa yang menarik perhatian ialah Anju berkongsi pengalaman yang dilalui selepas menyuntik 'filler' di bahagian payudaranya.

Klik untuk gambar besar



"Anju share apa yang anju lalui sekarang ni ye…Please don't judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongian ini. Tujuan Anju share bukan nntuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys.

"Now Anju tengah refer dengan to fix my problem dengan Doctor Chiam. Kalau dia tak boleh buat, dia akan referkan Anju kat pakar. Tujuan Anju share sebab Anju tahu ramai yang dah buat atau nak buat tapi malu dan segan nak tanya or cari penyelesaian. I will share my journey with u," katanya positif.

Menerusi video berdurasi hampir lima minit itu, Anju berkata dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan semula 'filler' di bahagian payudaranya selepas berasa sakit pada bahagian tersebut.



Tambahan lagi ketika mengalami kehamilan beberapa bulan lalu, payudaranya membengkak (proses normal wanita hamil) dan sakit. Perkara tersebut membuatkan dia mula terfikir akan kesan sampingan 'filler' sekiranya hamil lagi pada masa akan datang.

"Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan 'filler' di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti," tuturnya.

Dalam pada itu Anju memohon kepada warganet agar tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana keputusan untuk memasukkan 'filler' adalah kemahuan dirinya.

"It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat 'filler' dulu ya. Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang semua tahu apa nak buat selepas ini," jelasnya.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zarina Anjoulie

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: