19 November 2020

LANA NODIN MUAT NAIK VIDEO SUAMI & ANAK BELAJAR AGAMA - IG DIBANJIRI PUJIAN



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Lana Nodin telah berkongsi sebuah video memaparkan suaminya, Mohd Daud McKienzie yang juga seorang mualaf dan anak sulungnya Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang ustazah.

Melihat pada video yang dikongsikan, suami dan anaknya dilihat sedang mempelajari cara dan bacaan dengan betul ketika menunaikan solat. Hantaran itu juga seakan menyaksikan luahan hati Lana yang sentiasa bersyukur mempunyai keluarga yang bahagia dan amat berbangga dengan apa yang mereka sedang lakukan bersama.

Ruangan komen di Instagram Lana dibanjiri pujian netizen. Rata-rata pengikutnya dilihat tampil menzahirkan kata-kata positif buat Lana sekeluarga. Bahkan, ramai juga yang tumpang gembira melihat Lana mendidik anak dan suaminya ke arah yang lebih sempurna.

Tidak ketinggalan, usaha Daud untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam turut menerima kata puji daripda netizen yang beranggapan bahawa lelaki berusia 41 tahun itu sangat profesional dan tidak segan untuk belajar bersama-sama dengan anak sulungnya.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Lana Nodin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: