28 November 2020

AL-FATIHAH - BAPA UMMI NAZEERA KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Innalillah wainna ilaihirojiun .. Untuk pengetahuan semua ... Ayah kandung saya Zainul Abadin bin Mat akhir baru saja kembali ke rahmatullah tengah malam semalam.. Dan sudah selamat dikebumikan pagi tadi ..

"May Allah forgive him, have mercy on him.. give him strength and pardon him. Be generous to him and cause his entrance to be wide.. and wash him with water and snow and hail.. Cleanse him of his transgressions as white cloth is cleansed of stains. May Allah enter him into paradise and protect him from the punishment of the grave and punishment of the Hell fire .

"Semoga amalan papa diterima Allah SWT. Ameen ameen yrb. See you papa - Your daughter Ira( His nickname for me)," demikianlah tulis pelakon Ummi Nazeera yang memaklumkan bapanya iaitu Zainul Abadin Mat Akhir, 60, telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri, pada jam 12 malam, Jumaat.

Klik untuk gambar besar



Ummi berkongsi mengenai berita duka tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya pada petang semalam, selepas pengkebumian bapanya. Sementara itu Ummi ketika dihubungi Gempak berkata dia sempat bertemu bapanya buat kali terakhir pada pukul 9 malam di hospital.

"Saya sempat bertemu arwah di hospital dan kemudiannya meminta izin untuk pulang ke rumah. Tapi lepas beberapa minit tiba di rumah, abang saya telefon dan beritahu papa dah tak ada," katanya.

Menurut Ummi, 30, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun akibat komplikasi penyakit kronik. Jenazah bapa Ummi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur- Karak pada pukul 10 pagi, semalam.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ummi Nazeera

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: