28 November 2020

ELFIRA LOY BERGELAR USAHAWAN SAMBAL - GEMBIRA 2000 BALANG TERJUAL DUA MINGGU



"Terima kasih Allah kerana membuka satu lagi pintu untuk rezeki keluarga kami, Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada anda semua yang menyokong @dapuqenak, rasa tak percaya kami telah menjual dua ribu balang dalam masa dua minggu, ia berkembang hari demi hari," tutur pelakon Elfira Loy yang kini bergelar seorang usahawan.

Elfira meluahkan rasa gembira perniagaan sambal yang diusahakannya semakin berkembang. Malah, Elfira berkata dia berjaya menjual dua ribu balang dalam dua minggu.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Elfira turut mengucapkan syukur kepada Allah serta berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah menyokong perniagaannya itu.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Elfira turut gembira kerana dapat membantu mereka diluar sana untuk turut sama menjana pendapatan menerusi perniagaannya itu.

"Gembira juga dapat tengok orang boleh buat duit menerusi perniagaan ini, ini bukanlah niat saya tapi banyak kakak kakak abang saya yang kenal cadangkan untuk besarkan," katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Elfira di ruangan komen. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan turut bersyukur melihat pencapaian terbaru Elfira itu.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Elfira Loy

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: