28 November 2020

MAT DAN & ISTERI NAMAKAN ANAK KEDUA 'EYDAN YUSOFF'



Selepas genap 20 hari kelahiran, pengacara dan pelakon Mat Dan menerusi laman Instagram miliknya telah memperkenalkan nama anak keduanya yang diberi nama 'Eydan Yusoff'.

"Eydan Yusoff bin Daniel James Tyler, lahir pada 7/11/2020. Berusia 20 days old!" kata Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31.

Menerusi entri yang sama, Mat Dan turut berkongsi foto anaknya sedang menyusu. Namun wajah putera keduanya masih belum didedahkan sepenuhnya. Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji nama yang diberikan.

Klik untuk gambar besar



"Cantiknya nama," puji salah seorang pengikutnya. - "Nak panggil apa ni? Eydan or yusoff?" tanya salah seorang netizen - "Alhamdulillah... Congratulations to you and wife," ucap salah seorang warga maya.

Untuk makluman, Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Terengganu, Nadifa Adnan pada Mac 2017. Hasil perkongsian hidup, Mat Dan sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler yang kini berusia dua tahun.

Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom itu mula menetap di Malaysia sejak 2009. Pengacara Haramain Backpackers itu mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia dengan kebolehannya menguasai dialek Terengganu dengan baik.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mat Dan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: