28 November 2020

DIHADIAHKAN HAMBA ALLAH KOMPUTER PERIBADI - KHAI BAHAR SEBAK & TERKEJUT



Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, penyanyi Khai Bahar, 26, telah memuat naik rakaman video dimana dia terkejut selepas menerima hadiah sebuah komputer peribadi (PC) daripada seorang insan yang tidak didedahkan identitinya.

Menurut Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin menyatakan sepupunya menjadi orang tengah bagi menghantar ke tangannya.

"Allah .. Tak tau nak cakap apa, kisah dia macam ni, Khai mesej sepupu @sarhanezani nak pinjam komputer peribadi (PC) buat live stream sementara ja. Sebab PC sekarang ni teruk, tunggu hujung bulan baru nak beli PC baru. Lepastu pung pang pung pang la dia nak hantar harini.

Klik untuk gambar besar



"Tak terfikir langsung kena kejutan macam ni. Khai tak minta pun tau, dan kalau boleh tak mau pun kalau sapa-sapa nak belanja belikan. Tapi benda dah depan mata tak tau nak kata apa dah. Terkedu mengejut. tulisnya.

Perkongsian di Instagram (IG) itu turut dimuat naik rakaman video reaksi Khai ketika mendapat kejutan di kawasan tempat letak kereta. Dalam pada itu, pelantun lagu Luluh turut mengirimkan doa agar insan yang baik hati itu sentiasa dimurahkan rezeki.

"Ya Allah.. Kau murahkanlah rezeki hambamu yang baik hati ini. Kau berikanlah kesihatan kesejahteraan padanya, permudahkanlah urusannya dunia akhirat. Amin," tulisnya lagi.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Khai Bahar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: