28 November 2020

MANGSA: "PENDAKWAH TERBABIT UGUT NAK SAMAN JIKA SAYA BUKA MULUT ATAU LAPOR POLIS"



Sebelum ini, seorang netizen mendakwa rakan baiknya yang menjadi mangsa seorang pendakwah selebriti. Malah, rakan baiknya dikatakan mengalami trauma akibat perbuatan pendakwah terbabit.

Dakwaan tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial dan sehingga kini masih hangat diperkatakan. Kini, wanita berusia 23 tahun yang didakwa menjadi mangsa rogol pendakwah itu membuat pendedahan bahawa dia takut untuk membuat laporan polis sebelum ini kerana telah diugut oleh pendakwah berkenaan.

Wanita yang dikenali sebagai Mia (bukan nama sebenar) itu berkata, antara sebab lain dia tidak membuat laporan ketika itu adalah kerana ibu bapanya tidak mengizinkan.

"Saya tiada kekuatan untuk membuat laporan polis sebelum ini kerana takut selepas diugut. Pendakwah terbabit pernah ugut nak saman jika saya buka mulut atau membuat laporan polis. Ibu bapa juga tidak benarkan saya membuat laporan polis kerana malu jika perkara ini menjadi kecoh dan diketahui ramai.

Klik untuk gambar besar



"Namun, selepas mendapat sokongan dan bantuan daripada beberapa pihak, saya beranikan diri untuk membuat laporan polis, Rabu lalu," tuturnya.

Menurutnya, dia berharap laporan yang dibuat dapat menegakkan keadilan selepas melalui pelbagai derita dalam hidup.

"Saya berharap selepas ini keadilan dapat ditegakkan sekali gus membayar semula derita yang pernah saya alami sebelum ini. Sedikit sebanyak dapat melegakan hati selepas memendamnya sekian lama," katanya.



Terdahulu, seorang pendakwah selebriti ditahan polis Khamis malam bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam, Selangor, tahun lalu.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima laporan mangsa berusia berhubung perkara itu, semalam. Katanya, mangsa dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram pada 11 September tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: