22 November 2020

ALYA IMAN AKUI LEBIH SELESA BERBAHASA INGGERIS, BAHASA MELAYU TERUK



"Pertamanya Alya mengaku Alya sangat teruk dalam Bahasa Melayu. Sebabnya adalah kerana Alya dulu tinggal di Syria dan di Syria, bahasa kedua mereka adalah Bahasa Perancis.

"Walaupun Alya ada ramai kawan-kawan Melayu di Syria, tapi hampir setiap masa Alya dengan Baba, Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dalam keluargapun kami lebih banyak bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Alya pun dah terbiasa.

"Bila balik daripada Syria pun Alya masuk Sekolah International, jadi kawan-kawan Alya kebanyakannya adalah bangsa asing dan kami bercakap dalam Bahasa Inggeris.

"Tambahan lagi, di tempat kerja juga Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mungkin sebab itu Alya lebih mudah menulis dalam Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu," demikianlah terang pelakon baharu Alya Iman.

Klik untuk gambar besar



Meskipun pelbagai kontroversi terpalit dirinya sebelum ini, namun anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini tetap tenang meneruskan kehidupanya seperti biasa.

Sering memuat naik kapsyen menulis dalam Bahasa Inggeris di laman Instagram miliknya, Alya memberitahu dia dan keluarga berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris termasuk dengan arwah bapanya. Malah, Alya akui teruk dalam bahasa Melayu.

Alya yang mula dikenali ramai melalui lakonannya dalam 'Senafas Rindu' berkata, sebab itu dia lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.



"Kadang-kadang Alya cakap saja dalam Bahasa Melayu. Alya tak cakap yang Alya nak ke tepikan Bahasa Melayu. Ramai sahaja orang Melayu yang berbahasa Melayu mengikuti media sosial Alya. Mereka tanya soalan dalam Bahasa Melayu dan sebagainya.

"Dulu Alya memang nak tunjukkan apa yang orang nak tengok tentang Alya, tetapi sekarang Alya nak tunjukkan diri Alya yang sebenar. Alya tunjukkan apa yang Alya lakukan, Alya tunjukkan Alya bekerja, the reality of life.

"Ada ketika Alya tengah sedih, Alya akan tuliskan rasa hati sedih Alya, bila rasa down atau tak ada motivasi, Alya akan kongsikan quotes, dan quotes ni bukan nak tunjukkan pada orang lain, tetapi untuk diri sendiri juga," terangnya lagi.



Menurut Alya lagi, sekarang ini dia mencuba sebaik mungkin untuk menjadi dirinya kerana di luar sana terlalu ramai yang suka membenci.

"Sekarang ni Alya rasa seperti kehidupan baru. Kat luar sana ramai sangat haters. Tak kira masa. Kita buat ini salah, kita buat itu salah. Jadi Alya pilih untuk memulakan hidup baru, untuk berkongsi apa yang sebenarnya, siapa Alya Iman, apa Alya Iman buat.

"Kalau dulu sanggup nak OOTD setiap hari, nak pakai makeup setiap hari hanya nak tunjukkan pada orang yang kita ni Instafamous atau selebriti. Tapi sekarang Alya lebih senang menunjukkan siapa diri Alya yang sebenar.



"Diri Alya yang sebenar adalah seorang yang bekerja separuh masa sebagai model, separuh masa sebagai pelakon yang merupakan hobi yang paling Alya minati serta mahu terus belajar mengenainya, dan sekarang Alya bekerja sepenuh masa, seperti orang lain juga," tuturnya.

Ditebak soalan mengenai 'Rakyat United', Alya terdiam seketika: "Ada orang mengatakan pasukan bola 'Rakyat United' tu kepunyaan Alya. Ramai yang bertanyakannya. Jadi Alya nak jelaskan di sini, pasukan bola tersebut dibeli oleh syarikat kepunyaan teman lelaki Alya, Ridhwan Rosli.

"Ianya bukan kepunyaan Alya, tetapi kepunyaan syarikat kepunyaan Ridhwan. Itu yang Alya nak jelaskan di sini supaya tidak ada lagi spekulasi mengenainya," jelas Alya mengahiri bicara.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alya Iman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: