22 November 2020

"MULUT TETAP SEPERTI INI..." - BILA SUDAH TIADA, AZWAN ALI KATA JANGAN LUPA JASANYA



Nama Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sejak-akhir-akhir ini menjadi bualan ramai selepas muncul dalam musim kedua program realiti terbitan TV3, Lagu Cinta Kita (LCK2). Malah, ramai yang memuji pengacara itu tampil profesional di pentas.

Tidak segan mengakui teramat merindukan peminatnya, Azwan berkata dia cukup gembira kerana kemunculannya itu mendapat komen positif daripada peminat sekaligus memberi motivasi untuk buat lebih baik.

"Sejujurnya, saya hanya tidur sejam sahaja sehari sebelum Lagu Cinta Kita bersiaran. Saya khuatir memikirkan bagaimana sambutan peminat.

"Konsep hidup saya mudah. Tak hidup dek dipuji tak mati dek keji. Peminat suka, saya pun suka dan itu memberi motivasi kepada saya untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Klik untuk gambar besar



Meskipun mendapat pujian ramai, Azwan berkata itu tidak bermakna ia akan berhenti daripada menjadi Diva AA yang mengkritik sesiapa sahaja apabila dirasakan perlu.

"Dalam media sosial, saya bukan mengkritik membuta tuli. Saya kritik sebab prihatin dengan industri dan persekitaran. Mulut saya akan tetap seperti ini walau dikecam dan dihentam orang yang saya tidak kenali.

"Saya tetap lantang menegakkan apa yang orang tidak berani ketengahkan. Sama ada anda pemain seni atau datang dalam kalangan pemimpin sekalipun, anda buat silap dan perlukan kritikan," ujarnya.


Namanya dikenali ramai sebagai pengacara Juara Lagu, Azwan juga berharap orang ramai orang ramai tidak melupakan sumbangannya dalam dunia pengacaraan meskipun dia sedar ramai membenci dirinya.

"Bertahun-tahun saya dihina dan maruah dipijak. Zaman saya sebagai pengacara sudah habis. Saya bukan gila glamor tetapi satu saya mohon, jangan lupakan sumbangan saya sebagai pengacara terutama program Juara Lagu.

"Saya tidak minta dihargai cuma jangan lupa saya merupakan perintis acara berprestij itu yang kini dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu. Jangan lupa jasa saya kalau suatu hari nanti, saya sudah tiada lagi dalam dunia ini," tegasnya.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: