30 November 2020

ANDI BERNADEE SAMBUT BIRTHDAY - NETIZEN KECAM MAIN TEPUNG, TAK BERSYUKUR



Hari ini tanggal 30 November merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-29 penyanyi Andi Bernadee. Malam tadi, penyanyi lagu 'Satu Peluang' itu telah menyambutnya.

Andi diraikan dengan cara paling nakal iaitu satu plastik tepung dituang ke atas kepala dan badannya dengan tiba-tiba menyebabkan dia tidak dapat mengelak.

Sambutan secara suka-suka itu dilakukan oleh rakan-rakannya yang kemudiannya ketawa melihat gelagat Andi terkejut. Bagaimanapun lain pula jadinya apabila ada beberapa pengikut tidak bersetuju dengan situasi berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Mereka mendakwa Andi dan rakan-rakan tidak peka dengan keadaan ekonomi yang kurang baik sehingga sanggup membazir dan dikatakan tidak bersyukur dengan makanan.

Sekadar info, acara membaling atau menuang tepung ini merupakan antara cara paling popular dalam kalangan remaja untuk membuat kejutan sebagai tanda menyambut hari jadi satu ketika dahulu. 





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Andi Bernadee

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: