30 November 2020

ANNE NGASRI: "I GAVE BIRTH 5 TIMES BUT YOU WERE THE 1ST WHO MADE ME BECOME MAMA"



Menerusi laman Instagram, pelakon Datin Anne Ngasri telah memuat naik gambar bersama anak sulung, Abdul Warits Abdul Wafi dan menitipkan dedikasi teristimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran puteranya itu.

Sambil memanjat rasa syukur, pemilik jenama tudung AnneNgasri Exclusive ini turut mendoakan agar anak lelakinya itu sentiasa berada di bawah lindunganNya.

"Syukur Alhamdullilah. I gave birth 5 times but you were the 1st who made me become mama. With you we had so many 1st time together. Dear Warits, you will always be number 1. Mama hopes that I will always be your number 1 too. Happy Birthday my dear 1st son.

Klik untuk gambar besar



"Thank to Allah swt for let me having you. May Allah swt granted your wish and protect you from any. Mama loves you son," tulisnya sambil turut memberi tanda kepada beberapa nama termasuk bapa kepada anaknya itu.

Anne yang pernah popular menerusi drama bersiri 'Cili Padi' itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Sumali Reduan pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sufi Harraz dan Nefa Naura.

Sementara menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, Anne dikurniakan tiga orang anak iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Anne Ngasri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: