04 November 2020

BILA FAD KENA 'GAME' DENGAN ISTERI: "INGAT HADIAHKAN AKU PS5..."



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelawak Fad Bocey memberitahu yang dia punyalah gembira apabila menerima 'gambar' permainan PS5 daripada isterinya, namun kegembiraan itu hilang selepas mengetahui gambar tersebut hanyalah filter Instagram sahaja.

"Aku punyelah happy, ingat mmy @syaheeraarahman hadiahkan aku ps5 ni, rupenye filter. Harrey betul IG ni. Jangan main kan perasaan aku boleh tak," seloroh Fad pada kapsyen gambar tersebut.

Entri tersebut mendapat perhatian teman-teman selebriti dan juga peminat-peminat. Untuk makluman, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam mendirikan rumah tangga bersama Nur Syahirah A. Rahman pada 14 Mac 2015.

Klik untuk gambar besar



Pada 20 Oktober lalu, Nur Syahirah atau Syaheera selamat melahirkan cahaya mata mereka yang keempat dan diberi nama Ibrahim Jibriel.

Sebelum itu, mereka mempunyai pasangan kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.

Siapa yang tak gembira kalau mendapat hadiah yang amat disukai, apatah lagi hadiah tersebut daripada orang yang tersayang. Heh!




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fad Bocey

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: