04 November 2020

KELUARGA ALLAHYARHAM NUR SURYA - ANZALNA LUAH HASRAT BANTU



"Walaupun bukan di tempat pakcik ini tetapi saya dapat rasa apa yang di rasa. Sesiapa kenal pakcik ni boleh mesej Anzalna, terima kasih," kata pelakon Anzalna Nasir yang meluahkan hasrat untuk membantu keluarga mangsa kes pembunuhan membabitkan seorang gadis, Siti Nur Surya Ismail, 19 di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu pada Ahad lalu.

Perkara itu diumumkan menerusi satu posting di Instagram Story Anzalna, semalam. Menurut Anzalna, dia dapat merasai penderitaan dialami keluarga tersebut terutamanya bapa mangsa.

Dalam status tersebut, Anzalna ada memuat naik pertanyaan bagaimana untuk menghubungi keluarga arwah. Dalam pada itu, Anzalna turut berterima kasih kepada pengikutnya yang turut sama membantu untuk mengesan keluarga arwah.

"Saya ada terima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini masih belum dapat nombot yang betul-betul sahih untuk dihubungi. Terima kasih atas ikhtiar semua. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semuanya dipermudahkan," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, niat Anzalna untuk mendapatkan nombor bapa mangsa adalah untuk meringankan beban khususnya buat ibu arwah yang dikatakan menghidapi kanser. Anzalna berkata niatnya hanya mahu berkongsi rezeki dan membantu ahli keluarga mangsa.

"Apa yang kita akan rasa andai kita ditimpa musibah dan ini adalah ujian berat buat keluarga arwah. Saya berbincang dengan suami dan dia turut terbuka dengan niat ini.

"Benar dalam situasi sekarang tidak mungkin saya boleh bertemu atau ke kediaman mangsa. Tetapi memadai andai kami dapat berhubung untuk sekurang-kurangnya membantu keluarganya terutama ibu arwah," ujarnya.


Untuk makluman, Anzalna sebelum ini sinonim dengan kerja amal, membantu keluarga dalam kesempitan termasuk kanak-kanak yang menghidap kanser sejak 2014.

Terdahulu, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh perompak yang memecah masuk rumahnya sekitar 9 pagi. Mangsa yang turut mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka dipercayai bergelut sebelum dibunuh menggunakan senjata tajam. Polis kini masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan & Instagram Anzalna Nasir

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: