04 November 2020

NABIL DIPANGGIL SPRM: "TANYA BERKENAAN PEMBUKAAN KEDAI..."



Bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, 37, mengesahkan dia antara individu yang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, semalam.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad ketika dihubungi berkata, tiada apa-apa yang berlaku kerana dia tidak terbabit dengan kes ini.

Bagaimanapun, Nabil berkata dia dipanggil untuk membantu siasatan dan tiada apa-apa yang berlaku memandangkan dia tidak terbabit dengan sindiket tersebut.

"Kes ini sudah selesai. Mereka tanya berkenaan pembukaan kedai minuman Bubble Bee di Seremban dan saya maklumkan ia belum beroperasi lagi. Selepas itu mereka terus tak tanya apa-apa lagi dan itu sahaja soalannya. Ini kerana kalau tiada kedai buat apa nak siasat," katanya

Klik untuk gambar besar



Mengulas mengenai tarikh kedai minuman kendaliannya itu akan beroperasi, Nabil berkata dia menyerahkan segala-galanya kepada Shuib dan mungkin perlu tunggu sehingga kes tersebut selesai.

"Tunggulah kes Shuib selesai baru akan diteruskan. Lagipun semua urusan termasuk sewa kedai dia yang uruskan. Saya memang nak sangat buka kedai itu tapi tetap kena tunggu kesnya selesai. Saya sangat simpati dengan Shuib. Saya lega apabila tidak dikaitkan tapi saya harap kita dapat doakan untuk Shuib. Allah uji dia dan nak naikkan darjatnya," ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan kes tersebut. Sebelum ini, pelawak Shuib Sepahtu dipanggil oleh pihak SPRM.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: