07 November 2020

BILA PU AZMAN UCAP SELAMAT HARI LAHIR LEE DONG WOOK: "MOGA ALLAH MEMBIMBINGMU"



"Selamat hari lahir wook. 생일 축하합니다! Saengil cuka hamnida. 6 November 1981. Moga Allah membimbingmu," tulis penceramah bebas, PU Azman terhadap selebriti Korea iaitu pelakon Lee Dong Wook menerusi laman Instagram miliknya.

Rasanya semua orang sedia tahu tahap obses PU Azman terhadap Lee Dong Wook. Baru-baru ini, pelakon drama 'Tale Of The Nine Taled' itu telah menyambut hari jadinya yang ke-39 pada 6 November lalu.

Tampil mengambil kesempatan, PU Azman dilihat telah memuat naik entri khas sempena hari kelahiran pelakon yang diminatinya itu.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ke ruangan komen, peminat yang mengikuti entri PU Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man itu rata-rata terhibur kerana dia sering memuat naik foto pelakon yang dikatakan mirip wajahnya itu.

Ada juga peminat yang memuji wajah kedua-dua mereka yang seiras dan turut sama-sama berdoa agar dikurniakan hidayah oleh Allah.

Terdahulu, PU Azman juga sering meninggalkan jejak komen pada setiap foto yang dimuat naik oleh Lee Dong Wook sehinggalah ada peminat yang 'perasan' setiap kali aktiviti pendakwah santai itu di Instagram aktor Korea tersebut.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram PU Azman & Lee Dong Wook

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: