07 November 2020

ARDELL MENANGIS TINGGALKAN SUAMI & ANAK DEMI MISI BANTUAN DI SABAH



Semua sedia maklum mengenai situasi COVID-19 di Sabah yang semakin membimbangkan dengan peningkatan kes baharu mendadak. Menerusi perkongsian di laman Instagram pelakon Nadzmi Adhwa, dia memaklumkan isterinya, pelakon Ardell Aryana turut terbang ke negeri Sabah untuk misi bantuan kemanusiaan.

Adhwa turut memuat naik video Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah. Nadzmi turut memohon para peminat dan netizen mendoakan agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang keberadaannya di Sabah.

"Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang. Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah.

Klik untuk gambar besar



"Bantulah mereka sepenuh daya mu. Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu. Saya sayang awak. Abi tahan air mata tadi," tulis Adhwa.

Menerusi video yang dimuat naik, Ardell dilihat menangis sebak ketika memeluk cium anak mereka, Nadzmi berkata dia terpaksa menahan air mata di hadapan isterinya tercinta.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan segala urusan Ardell disana akan dipermudahkan dan berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi di sana.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: