25 November 2020

DA'I SYED BUAT LAPORAN POLIS - BAPA MINTA JANGAN GUNA AGAMA JIKA BERSALAH



Nama Da'i Syed hangat diperkatakan sejak semalam apabila seorang netizen tampil mendakwa pendakwah dan penyanyi itu dikatakan telah membawa rakan baiknya pulang ke rumah dan merogol. 

Bagaimanapun, Da'i Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail telah pun membuat laporan polis Mutiara Damansara, jam 5.45 petang semalam dan mendakwa tuduhan tersebut tidak benar sama sekali.

Kesal dengan tuduhan berkenaan, Syed berkata, laporan itu dibuat untuk membersihkan nama baiknya, selain melindungi dirinya daripada dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas itu. Menurut Syed, dia menganggap fitnah yang dilemparkan sebagai dugaan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah.

"Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.

"Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya.

"Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencalarkan maruah saya dan keluarga. Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam," katanya. 

 Klik untuk gambar besar



Susulan isu itu ramai yang menghantar mesej kepada bapa Syed sendiri iaitu Seif Jamalullail. Tidak berapa lama kemudian, ayah kepada Syed Shah Iqmal, memuat naik satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya. Berikut adalah kenyataan daripada ayah Da'i Syed.

 "Assalamualaikum wbt. Firman Allah " Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (QS. Al-Anfaal)

"Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral. Masing-masing menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini utk tatapan semua yang bertanya.

"Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.

"Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah swt untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Alah mengembalikan anak saya ke jalan yg benar dan diredhoi. 


"Saya lebih rela dia diadili didunia daripada dihadap diakhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil. Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yg bermuamalah dengan dia supaya berhati-hatilah, terutama pada wanita.

"Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak. Kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah.

"Bagi mereka² yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.

"Sabda Nabi "Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya'" - Hadist.

"Peringatan terbuka kepada Dai Syed: "Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu."

"Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati. Sekian. Seif Jamalullail. Cairo," tulisnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: