25 November 2020

SELAMAT DILAHIRKAN - 'BINTANG AIKO' NAMA BABY BOY TUJU & LOCA B



"Alhamdulillah, Loca B pun sekarang berpantang di rumah. Selama dua minggu ini tidak dapat bersama anak yang baru lahir. Nama baby saya Bintang Aiko," demikianlah jawab penyanyi rap, Tuju daripada kumpulan K-Clique mengenai isterinya, penyanyi rap Loca B yang dikhabarkan telah selamat melahirkan cahaya mata pertama iaitu bayi lelaki, baru-baru ini.

Tuju berkongsi berita gembira tersebut ketika ditanya Nabil Ahmad sambil disambut dengan ucapan tahniah buatnya sekeluarga dari rakan hos, Uyaina Arshad. Tuju mendedahkan nama anak sulungnya bersama Loca B, ketika ditemu bual secara langsung menerusi MeleTop, malam tadi.

Di dalam temu bual yang dilakukan secara virtual itu, bintang berkenan memberitahu dia dan isteri memilih nama 'Bintang Aiko' buat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu.

Tuju juga turut memberitahu kepada pengacara MeleTop pada malam itu bahawa anak dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat. Loca B juga difahamkan sedang berpantang di rumah.

Klik untuk gambar besar



Tuju antara lain turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya yang melakukan inisiatif sendiri dengan melakukan kuarantin meski ujian swab yang dilalukannya baru-baru ini adalah negatif.

Selain berkongsi mengenai perkata tersebut, Tuju antara lain turut memberitahu setakat menjalani tempoh kuarantin, dia banyak menghabiskan masa dengan menulis lagu.

Terdahulu pada Oktober lalu, Tuju mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama Loca B. Bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak berkongsi perihal tarikh perkahwinan kerana lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai hal peribadi.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Beautifulnara, Instagram Tuju K-Clique & Loca B

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: