24 November 2020

NETIZEN DAKWA DA'I SYED BAWA BALIK GADIS KE RUMAH & ROGOL?



Baru-baru ini hangat diperkatakan di laman Twitter apabila ada seorang netizen mendakwa pendakwah dan penyanyi Da'i Syed membawa pulang dan merogol seorang gadis.

Menerusi pendedahan tersebut, netizen itu mendakwa rakan baiknya seorang yang naif telah menjadi mangsa rogol Da'i Syed. Dakwa netizen itu lagi, sudah ramai gadis turut menjadi mangsa pendakwah tersebut.

Netizen itu mendakwa sudah banyak perempuan pendakwah berkenaan bawa pulang ke rumah. Ujarnya, rakan baiknya dikatakan mengalami trauma selepas mendakwa penyanyi lagu 'Ya Agmal Eyoun' itu bertindak sedemikian.

Dalam pada itu, gadis itu turut berkongsi beberapa paparan skrin mesej daripada beberapa individu lain yang mendakwa turut menjadi mangsa pendakwah berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Lebih mengejutkan seorang individu mendakwa bertemu dengan pendakwah itu ketika program Jom Heboh dan kemudian ada berbalas mesej. Namun mengejutkan apabila mendakwa Da'i itu ajak untuk 'check in' hotel.

Memetik laporan Murai, pengurus kepada Da'i Syed telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan melakukan siasatan serta mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail itu merupakan peserta program Da'i musim ke-4 pada tahun 2016.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Murai.my

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: