24 November 2020

SELEPAS IBU, BAPA & ADIK BONGSU - KINI DATUK ALIF SATAR PULA POSITIF COVID-19



"Pakwan (datuk) saya, 91 tahun juga pesakit Covid-19. Saya minta tolong semua untuk doakan agar Pakwan saya terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Semoga Allah merahmati kalian semua.

"Terima kasih warga barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh kerana menjaga keluarga saya dan semua pesakit Covid-19. Anda semua sudah jalankan tugas dengan baik," kata penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mengenai datuknya, Mohamad Che Noh yang kini berusia 91 tahun turut disahkan positif Covid-19, Sabtu lalu.

Alif menerusi hantaran di laman Instagram berkongsi, datuknya kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Turut dirawat di sana ialah ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dijangkiti Covid-19.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, isteri Alif iaitu Sha Dila Hadid ketika dihubungi berkata, datuk Alif tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

"Pakwan pun disahkan positif pada Sabtu lalu. Dia tidak ada apa-apa sakit kronik, cuma jalan saja kena pimpin atau pakai tongkat. Mungkin Pakwan terkena jangkitan sebab semua bergilir-gilir menjaga dia. Kasihan juga apabila dia kena," katanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: