04 November 2020

DAKWAAN 'MASAM MUKA' PUNCA LINDA BERGERAK SOLO - INI JAWAB EVA



Semua sedia maklum mengenai salah seorang anggota kumpulan Eva iaitu Linda yang mengumumkan akan bergerak secara solo, sebaik sahaja kumpulan tersebut diumumkan tersingkir dari pentas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Linda bagaimanapun menafikan keputusan untuk membuat haluan sendiri dibuat selepas Eva gagal pada konsert minggu keempat seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut, tiga anggota Eva yang lain iaitu Izzu, Rina dan Mimi diminta beri penjelasan.

Izzu berkata, tidak ada isu mengenai perkara tersebut kerana sejak awal lagi Linda sudah memaklumkan kepada Eva, mengenai perancangannya untuk bergerak secara solo.

Klik untuk gambar besar



"Tidak ada isu kepada Eva kerana sejak Astro panggil kami untuk GV7, Linda memang sudah beritahu yang dia sudah membuat rakaman untuk single terbarunya.

"Dia memang akan buat haluan dia sendiri. Betul, macam dia cakap kami tidak pernah terikat dengan mana-mana kontrak dan masing-masing berhak menentukan perjalanan masing-masing," kata Eva.

Tambah Izzu lagi, Eva tetap akan aktif seperti biasa walaupun terpaksa bergerak dengan tiga orang ahli.



"Eva dah 24 tahun dalam industri. Kami tidak akan ke mana-mana. Biarlah kami kekal bertiga, walaupun kami ni menyanyi tak sesedap mana.

"Dia (sudah) membuat keputusan, siapa kami untuk menghalang? Kami sebagai sahabat akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Linda," ujar Eva positif.

Ditanya mengenai khabar angin Eva mula bermasam muka sejak konsert minggu kedua, Izzu tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan tersebut.


"Macam mana cerita tidak berasas macam ini boleh sampai ke pengetahuan orang luar? Sedangkan kita semua tahu GV7 tak ramai orang yang boleh berada di lokasi.

"Tidak tahu pula saya kalau-kalau pertelingkahan kecil tentang persembahan mingguan atau yang melibatkan kerja boleh dianggap sebagai satu pergaduhan besar?

"Melainkan kalau ada batu api yang cuba melaga-lagakan kami berempat, itu mungkin la... Tapi bagi saya, cerita bergaduh dan pergaduhan menyebabkan Linda buat keputusan bergerak solo... Saya anggap ia sebagai cerita tidak berasas,' kata Eva.

Minggu lalu, kumpulan Eva dan Indigo menamatkan perjalanan mereka di pentas GV7 menjadikan 11 bintang bakal meneruskan perjalanan merebut gelaran juara.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: