30 November 2020

DISOAL TENTANG ZIANA, AIR MATA AZWAN ALI GUGUR: "MINTA MAAF PAK ZAIN, CIK ROBIAH..."



Semua sedia maklum mengenai pengacara sensasi, Azwan Ali yang pernah menaruh perasaan terhadap penyanyi dan pelakon Ziana Zain suatu ketika dahulu namun cintanya bertepuk sebelah tangan.

Menerusi program Lagu Cinta Kita musim ke-2 (LCK2) yang berlangsung malam semalam, Azwan telah ditanya oleh penyanyi dan pelakon Elly Mazlein sama ada adakah mungkin Ziana boleh menjadi teman wanitanya.

Bagaimanapun, Azwan tiba-tiba sebak dan tidak dapat menahan air mata apabila bercakap mengenai hubungan istimewanya dengan pelakon filem Maria Mariana itu.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA dalam keadaan teresak-esak turut memohon maaf kepada ibu bapa Ziana kerana sudah lama mereka tidak bertemu antara satu sama lain.

Klik untuk gambar besar



"Saya kenal Ziana dah lama. Jangan judge (hakimi) kami dan saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal. Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa," katanya.

Dalam pada itu, Ziana yang dijemput sebagai tetamu undangan menerusi program itu semalam mengatakan orang lain tidak kenal Azwan sebagaimana dia mengenali pengacara sensasi itu dan mereka tetap bersahabat baik.

"Orang kalau tak kenal diknon (panggilan manja buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, kita sahabat.

"Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza," ujarnya.





www.myartis.com / Sumber: Kosmo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: