30 November 2020

RADIN ERA: "POSITIF COVID-19 BUKAN PENJENAYAH"



Pengacara dan penyampai radio Era, Radin menerusi laman Instagram miliknya telah memberitahu yang dia ternyata tidak menyokong dengan tingkah laku segelintir masyarakat yang menganggap mereka yang positif Covid-19 seperti penjenayah.

Pendapatnya mungkin berkaitan dengan banyak perkara negatif yang diperkatakan kepada mereka yang positif dengan wabak ini termasuklah kepada teman selebritinya, Alif Satar yang disahkan positif ketika di lokasi penggambaran dan membuat persembahan dalam satu program TV sehingga ramai artis lain 'terpaksa' membuat ujian Covid.

Malah ada segelintir netizen yang turut menyebutnya sebagai 'kluster Alif Satar'. Sebelum ini, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar didapati positif Covid-19 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

Klik untuk gambar besar



"Positif Covid 19 Bukan Penjenayah. Kini terlalu ramai masyarakat yg sudah terkesan apabila mereka disahkan positif covid19 sehingga ada yang dihalau keluar dari rumah. Keluarga dan kenalan terdekat pesakit covid19 pun terkesan apabila dipulaukan oleh masyarakat," tulis Radin.

Menurut Radin, sudah tiba masanya masyarakat membuka mata dan berhenti menjadi negatif terhadap mereka yang dijangkiti wabak yang melanda seluruh dunia ini.


"Sepatutnya masyarakat beri sokongan moral kerana tiada siapa yang minta untuk terkena pendamik ini. Jangan pinggirkan mereka, mereka perlu sokongan kita," kata Radin lagi sambil turut mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Alif Satar dan semua pesakit positif Covid-19.

Kenyataan Radin itu turut dipersetujui oleh ramai netizen lain yang turut meninggalkan komen pada entrinya itu: "Yang jadi penjenayah tak ada pulak yang benci, haa tepuk," komen sabill_mohamed.

"So true Radin. Sometimes I feel like cursing those negative people who pandang serong kat Covid-19 patients. They are Covid-19 patients lah for goodness sake, they didn't ask for it," tulis marypatriciampa. - "Betul Radin. Setuju kita kena bangkit bagi semangat pada mereka," komen fizzshah.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Radin Era

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: